Sunday 10 November 2013

(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum,

Kadang-kadang dalam kehidupan seharian kita dengar mengenai perkataan 'ukhuwah', 'sahabat', 'teman' dan banyak lagi yang berkaitan dengan sesuatu hubungann antara manusia. sebenarnya jika hanya menyebut tetapi tidak mengetahui maksud dari setiap kata, ini akan jadi masalah kepada diri sendiri dan orang lain. jika kita tahu dan sedar apa yang kita belajar InsyaAllah ini akan dapat memberi manfaat.  

Di sini, ana nak berkongsi mengenai Ukhuwah: dari bacaan ana terdapat 3 rukun dalam ukhuwah :
1)berfikiran terbuka, 
2) berlapang dada, dan 
3) mengutamakan sahabat. 
Semua perkara ini mungkin sudah diketahui tetapi tidak dihayati dan diamalkan bukan?

Dalam menjalani kehidupan yang kian mencabar hari ini, kekuatan ukhuwah antara saudara seagama adalah sangat penting. begitu juga dalam bersahabat ketiga-tiga rukun itu perlu ada supaya ukhuwah kita berkekalan sehingga ke Jannah, InsyaAllah dengan izin Allah SWT.
ketiga-tiga rukun tersebut perlulah bersifat 2 hala kerana barulah perhubungan itu mudah untuk dijalin dan dikekalkan. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu kita dalam mendapatkan Ukhuwah fill la til jannah dan redha Allah... 

_hambaNya_ 

always smile :-)

No comments:

Post a Comment